KAJIAN PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL RAKYAT MALAYSIA BEKERJA DI LUAR NEGARA: SINGAPURA

10 JANUARI 2022 - 28 FEBRUARI 2022



KAJIAN PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL RAKYAT MALAYSIA BEKERJA DI LUAR NEGARA: SINGAPURA

PERKESO telah diamanahkan untuk melaksanakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

PERKESO memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja yang layak berdasarkan Akta dalam bentuk Faedah seperti rawatan perubatan di klinik panel, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional, faedah kewangan kepada pekerja yang mengalami hilang upaya akibat bencana kerja dan waris kepada pekerja yang telah meninggal dunia serta penggantian pendapatan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Dianggarkan seramai 150,000 rakyat Malaysia berulang-alik secara harian ke Singapura untuk bekerja sebelum COVID-19 melanda. Daripada jumlah tersebut dianggarkan sekitar 90,000 rakyat Malaysia berada dan bekerja di Singapura dalam tempoh 2021.

Bagi membolehkan Kerajaan menyediakan pelan perlindungan keselamatan sosial bagi rakyat yang bekerja di luar negara, PERKESO dan ILMIA Jabatan Perangkaan diberi tanggungjawab untuk menjalankan Kajian Perlindungan Keselamatan Sosial Rakyat Malaysia Yang Bekerja Di Luar Negara dengan memberi fokus kepada Singapura.

Sekiranya Tuan/Puan merupakan:

  1. Rakyat Malaysia Yang Berada Di Singapura (Bekerja/Tidak Bekerja Atau Tujuan Lain);
  2. Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tetapi sedang berada di Malaysia; dan
  3. Rakyat Malaysia Yang Pernah Bekerja Di Singapura (2020 -2022).

Tuan/Puan merupakan individu yang layak untuk memberi cadangan kepada kerajaan berkaitan perlindungan keselamatan sosial bagi rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara melalui survei dalam talian ini.

Sebarang pertanyaan:
myworkabroad@perkeso.gov.my

Terima kasih atas kerjasama untuk menjawab survei dalam talian di bawah :

Dimana lokasi anda sekarang?


Malaysia Singapura

© Copyright 2021 PERKESO. All Rights Reserved.